Fri. Feb 23rd, 2024

KUALA LUMPUR – Susulan kes penghinaan dan fitnah terhadap mahkamah syariah oleh ahli parlimen Petaling Jaya, YB Maria Chin, komitmen kerajaan untuk menaiktaraf kedudukan mahkamah syariah dipersoalkan

Demikian persoalan yang ditimbulkan oleh pengerusi PEMBELA, Aminuddin Yahaya setelah sekian lama mahkamah syariah berada di kedudukan yang rendah dan kini dihina oleh wakil rakyat itu sendiri.

“PEMBELA ingin menegaskan semula agar mahkamah syariah diangkat ke kedudukan yang lebih tinggi agar penghinaan-penghinaan sebegini dapat dibendung dengan lebih efektif selain memperkasakan sistem perundangan syariah di Malaysia” kata Aminuddin dalam satu kenyataan.

Rentetan itu, PEMBELA dalam kenyataan yang sama mempersoalkan status usaha pemerkasaan mahkamah syariah melalui RUU355 yang telah dipandang sepi walaupun telah dijanji oleh mereka yang kini memegang tampuk kuasa.

Sebelum ini, ahli parlimen Petaling Jaya Maria Chin dijatuhi hukuman penjara tujuh hari oleh Mahkamah Tinggi Syariah di sini hari ini selepas didapati bersalah menghina mahkamah dengan mengkritik keputusan mahkamah itu yang menjatuhkan hukuman penjara ke atas bekas isteri seorang ahli perniagaan.

Hakim Syarie Mohamed Fouzi Mokhtar menjatuhi hukuman itu selepas mendapati artikel yang diterbitkan oleh Maria Chin selaku responden pada 5 Sept 2019 berkaitan kes membabitkan ahli perniagaan Datuk Wira SM Faisal SM Nasimuddin dan bekas isterinya, Emilia Hanafi, jelas merendahkan, memperlekehkan, memfitnah serta menghina Mahkamah Syariah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *