Fri. Feb 23rd, 2024

KUALA LUMPUR – Seorang pelajar tingkatan 1 dari Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Semporna, Sabah telah berjaya mengkhatam hafazan Al-Quran dalam tempoh hanya 10 bulan.

Pelajar tersebut, Ayesha Humayra binti Syahlan telah mencatat sejarah membanggakan MARA dengan pencapaian tersebut.

Pencapaian adik Ayesha ini membuktikan bahawa sistem pendidikan MARA yang berteraskan sistem pendidikan kebangsaan berjaya membentuk pelajar yang holistik dalam pelbagai aspek, termasuk agama.

Adik Ayesha di bawah seliaan Halaqah Ustaz Adam Anwar bin Noor Azam pastinya membanggakan gurunya selain kepada seluruh warga MRSM.

Melalui laman Facebook rasmi, MARA mengucapkan penghargaan kepada pelajar Tingkatan Satu MRSM Semporna, Sabah tersebut kerana berjaya khatam hafazan 30 juzuk al-Quran dalam tempoh 10 bulan 2 hari pada 24 Februari 2022.

“Sesungguhnya, hati yang hidup dengan sentuhan Al-Quran mendorong manusia untuk mencari yang ma’ruf dan meninggalkan yang mungkar,” dalam kenyataan MARA yang sama itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *