Fri. Feb 23rd, 2024

KUALA LUMPUR – Selebriti dan personaliti media sosial terkenal, Isa Isarb atau nama sebenarnya Isa bin Batharul Zaman telah membangkitkan kemarahan netizen apabila beliau mempromosikan sebuah syarikat judi yang telah menaja pembikinan video baharunya di YouTube.

Video bertajuk “5 minit sebelum kejadian…” itu dimulakan dengan beliau memperkenal dan mempromosi syarikat judi dan kasino online terbesar di Asia, M88.

Namun, Isa mendakwa M88 merupakan platform menjana pendapatan pasif.

Rata-rata telah mengecam tindakan dan video tersebut kerana ianya sesuatu yang haram dan mencemarkan kesucian bulan Ramadan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *