Thu. Dec 7th, 2023

KUALA LUMPUR – Seramai 76 orang ahli parlimen dilapor menyatakan sokongan penuh terhadap ahli parlimen Petaling Jaya, YB Maria Chin yang didakwa menghina dan memfitnah Mahkamah Syariah.

Menurut laporan, 76 ahli parlimen tersebut menyatakan sokongan tersebut melalui sebuah kenyataan bersama di mana mereka akan terus menyokong Maria Chin untuk melaksanakan hak kebebasan bersuara serta membangkitkan perkara yang mempunyai kepentingan awam.

Menerusi kenyataan tersebut juga, mereka terkejut dengan keputusan mahkamah yang menjatuhkan hukuman penjara tujuh hari terhadap ahli Parlimen Petaling Jaya tersebut.

“Walaupun kita menghormati keputusan mahkamah syariah, mana-mana sistem perundangan, sivil atau syariah, harus terbuka kepada kritikan yang membangkitkan apa-apa yang dilihat sebagai masalah institusi.

“Penghakiman terhadap kes juga merupakan perkara yang berkepentingan awam dan boleh diulas oleh sesiapa sahaja mengikut hak kebebasan bersuara yang dijamin oleh perlembagaan.

“Lebih-lebih lagi seorang seperti Maria yang mempunyai amanah untuk menjalankan tugas awam sebagai ahli parlimen,” kata mereka pada satu kenyataan hari ini.

“Komennya tidak mencarut atau berniat jahat. Ianya jelas dilakukan dengan niat baik dengan pandangan bahawa sistem perundangan syariah dan badan-badan lain akan mencari penyelesaian.

“Hakim-hakim sama sekali tidak terlepas daripada kritikan awam dan akauntabiliti kepada masyarakat yang mereka berkhidmat, agar dapat melahirkan keyakinan terhadap badan kehakiman,” kata kenyataan itu lagi.

Sebelum ini, ahli parlimen Petaling Jaya Maria Chin dijatuhi hukuman penjara tujuh hari oleh Mahkamah Tinggi Syariah di sini hari ini selepas didapati bersalah menghina mahkamah dengan mengkritik keputusan mahkamah itu yang menjatuhkan hukuman penjara ke atas bekas isteri seorang ahli perniagaan.

Hakim Syarie Mohamed Fouzi Mokhtar menjatuhi hukuman itu selepas mendapati artikel yang diterbitkan oleh Maria Chin selaku responden pada 5 Sept 2019 berkaitan kes membabitkan ahli perniagaan Datuk Wira SM Faisal SM Nasimuddin dan bekas isterinya, Emilia Hanafi, jelas merendahkan, memperlekehkan, memfitnah serta menghina Mahkamah Syariah.

Senarai penuh ahli parlimen yang dilaporkan telah menurunkan tandatangan sokongan:

  1. Dr Wan Azizah Wan Ismail, Pandan
  2. Mohamad Sabu, Kota Raja
  3. Darell Leiking, Penampang
  4. Saifuddin Nasution, Kulim Bandar Baharu
  5. Nurul Izzah Anwar, Permatang Pauh
  6. Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, Muar
  7. Salahuddin Ayub, Pulai
  8. Mukhriz Mahathir, Jerlun
  9. Amiruddin Hamzah, Kubang Pasu
  10. Anthony Loke, Seremban
  11. Lim Guan Eng, Bagan
  12. Sivarasa Rasiah, Sungai Buloh
  13. Lim Kit Siang, Iskandar Puteri
  14. Syed Ibrahim Syed Noh, Ledang
  15. Noor Amin Ahmad, Kangar
  16. Wong Chen, Subang
  17. Chan Ming Kai, Alor Setar
  18. Natrah Ismail, Sekijang
  19. Hassan Abdul Karim, Pasir Gudang
  20. Fuziah Salleh, Kuantan
  21. Abdullah Sani, Kapar
  22. Maszlee Malik, Simpang Renggam
  23. S. Kesavan, Sungai Siput
  24. Chang Lih Kang, Tanjung Malim
  25. Bakthiar bin Wan Chik, Balik Pulau
  26. Azman Ismail, Kuala Kedah
  27. Sim Tze Tsin, Bayan Baru
  28. Karuppaiya Mutusami, Padang Serai
  29. Fahmi Fadzil, Lembah Pantai
  30. Nik Nazmi Nik Ahmad, Setiawangsa
  31. Akmal Nasir, Johor Bahru
  32. Charles Santiago, Klang
  33. Wong Hon Wai, Bukit Bendera
  34. Kasthuri Patto, Batu Kawan
  35. Pang Hok Liong, Labis
  36. Mohd Hatta Md Ramli, Lumut
  37. Thomas Su, Kampar
  38. Ong Kian Ming, Bangi
  39. Teo Nie Ching, Kulai
  40. Kelvin Yii, Bandar Kuching
  41. Alice Lau, Lanang
  42. Wong Kah Woh, Ipoh Timor
  43. Hannah Yeoh, Segambut
  44. Chan Foong Hin, Kota Kinabalu
  45. Wong Ling Biu, Sarikei
  46. Lim Lip Eng, Kepong
  47. Wilfred Madius Tangau, Tuaran
  48. M Kula Segaran, Ipoh Barat
  49. Teh Kok Lim, Taiping
  50. Teresa Kok, Seputeh
  51. Oscar Ling, Sibu
  52. Tan Kok Wai, Cheras
  53. Khalid Abdul Samad, Shah Alam.
  54. Tony Pua, Damansara
  55. Sin Chee Keong, Bukit Mertajam
  56. Mujahid Yusof Rawa, Parit Buntar
  57. Ustaz Hasanuddin Mohd Yunus, Hulu Langat
  58. Mahfuz Haji Omar, Pokok Sena
  59. Mohamed Hanipa Maidin, Sepang
  60. Hasan Bahrom, Tampin
  61. Mohd Anuar bin Mohd Tahir, Temerloh
  62. Prabakaran, Batu
  63. Chong Chieng Jen, Stampin
  64. Isnaraissah Munirah Majilis, Kota Belud
  65. Mohd Azis Bin Hj Jamman, Sepanggar
  66. Rusnah Aluai, Tangga Batu
  67. June Leow, Hulu Selangor
  68. Nor Azrina Surip, Merbok
  69. William Leong, Selayang
  70. Nga Kor Ming, Teluk Intan
  71. Tan Yee Kew, Wangsa Maju
  72. Ngeh Koo Ham, Beruas
  73. Cha Kee Chin, Rasah
  74. Ma’mun bin Sulaiman, Kalabakan
  75. Shamsul Iskandar, Hang Tuah Jaya
  76. Gobind Singh Deo, Puchong

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *