Fri. Feb 23rd, 2024

KUALA LUMPUR – Pengerusi Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA), Aminuddin Yahaya menyelar kenyataan Datuk Heng Seai Kie yang mempertahankan ahli parlimen Petaling Jaya yang telah disabit kesalahan menghina dan memfitnah mahkamah syariah.

Aminuddin mendedahkan, Datuk Heng Seai Kie kini menjawat jawatan Penasihat Hal Ehwal Perpaduan Negara Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional di Jabatan Perdana Menteri.

Berdasarkan pemeriksaan di laman web rasmi Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional, terbukti pendededahan Aminuddin itu adalah benar.

Datuk Heng Seai Kie yang juga merupakan Ketua Wanita salah satu parti komponen utama parti pemerintah Barisan Nasional, iaitu MCA dikritik Aminuddin kerana campur tangan dalam hal ehwal umat Islam, iaitu mahkamah syariah.

“Malah, dari aspek politiknya pun saya tidak nampak apa rasionalnya mereka patut masuk campur urusan umat Islam sebegini rupa lebih-lebih lagi selama ini majoriti besar pengundi MCA adalah orang Islam semata-mata,” kata Aminuddin dalam kenyataan tersebut.

“Melainkan mereka yakin bahawa pengundi mereka tidak kisah pun kerana ada yang akan menyucikan mereka dan junjung mereka berarak seluruh kampung ketika pilihanraya,” tambahnya lagi.

“Entah-entah selepas PRU-15 nanti Heng Seai Kie ini boleh jadi Menteri pula,” katanya lagi.

Sebelum ini, ahli parlimen Petaling Jaya Maria Chin dijatuhi hukuman penjara tujuh hari oleh Mahkamah Tinggi Syariah di sini hari ini selepas didapati bersalah menghina mahkamah dengan mengkritik keputusan mahkamah itu yang menjatuhkan hukuman penjara ke atas bekas isteri seorang ahli perniagaan.

Hakim Syarie Mohamed Fouzi Mokhtar menjatuhi hukuman itu selepas mendapati artikel yang diterbitkan oleh Maria Chin selaku responden pada 5 Sept 2019 berkaitan kes membabitkan ahli perniagaan Datuk Wira SM Faisal SM Nasimuddin dan bekas isterinya, Emilia Hanafi, jelas merendahkan, memperlekehkan, memfitnah serta menghina Mahkamah Syariah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *