Fri. Feb 23rd, 2024

MELAKA – Pertubuhan Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) dan gabungan Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA) negeri Melaka telah berjaya menghentikan penjualan arak di kedai serbaneka antarabangsa Family Mart di Merlimau Utara, Melaka.

Encik Syed Aizuddin yang merupakan wakil kempen Malaysia Sejahtera Tanpa Arak di Melaka, melalui laman Facebooknya mengucapkan syabas kepada Family Mart Merlimau yang segera menghentikan penjualan arak setelah surat bantahan dihantar.

Menurut beliau, surat tersebut telah dihantar pada 12 Mei 2022 dan seminggu selepas itu, iaitu 18 Mei 2022 penjualan arak dihentikan.



Encik Aizuddin yang juga merupakan Ketua PEMBELA Melaka sedang giat menggerakkan inisiatif akar umbi melalui masyarakat setempat untuk menghentikan penjualan arak secara terbuka melalui rundingan dan saluran undang-undang.

Sebelum ini, ISMA telah melancarkan kempen Malaysia Sejahtera Tanpa Arak bagi menggerakkan inisiatif-inisiatif yang mampu memberikan impak kepada penjualan arak secara terbuka kepada masyarakat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *