Fri. Feb 23rd, 2024

KUALA LUMPUR – Pertubuhan Silat Tapak Setia Suci (TSS) mengecam pembikinan Filem Mat Kilau yang hangat dibicarakan oleh peminat-peminat filem tanah air, walaupun belum lagi diterbitkan lagi.

TSS melalui laman Facebooknya, ‘Pertubuhan Silat Tapak Setia Suci (TSS), Warisan Mat Kilau’ menyifatkan filem tersebut sebagai sangat memalukan kerana tidak merujuk kepada waris yang mutlak dan dikaji secara mendalam.

TSS dalam kenyataan tersebut menjemput masyarakat agar hadir ke Forum bersiri M.I.B yang bertajuk “Mat Kilau: Antara Realiti dan Fantasi” yang menampilkan Yang Dipertua TSS, Hj Al Hamdi Bin Hj Abu Bakar pada tarikh 21 Jun 2022.

“Jemput la datang kalau kalian semua nak tahu kenapa guru saya Mohd Alhamadi dan kami seluruh keluarga Pertubuhan Silat Tapak Setia Suci (TSS), Warisan Mat Kilau tidak bersetuju dengan filem ‘Mat Kilau’ yang akan ditayangkan tak lama lagi”, kata TSS dalam kenyataan tersebut.

“Kerana terlalu banyak elemen yang menyakitkan mata dalam filem tersebut,” tambahnya lagi.

“Bahasa mudahnya filem tersebut tidak dirujuk kepada waris yang mutlak dan dikaji secara mendalam. Sangat memalukan,”

“Tiada jati diri sebagai seorang pahlawan Pahang langsung. Tidak sepatutnya berlaku untuk sebuah filem tokoh sejarah,”

“Kepada yang tahu, tahulah. Yang tak tahu, mengajilah,” tegas TSS.

Filem Mat Kilau arahan pengarah terkenal Syamsul Yusof telah dimuatnaik dan tular di media-media sosial utama dan mendapat pujian pelbagai pihak yang teruja dengan filem ini termasuk artis, seniman, sejarawan dan netizen.

Filem ini mula menjalani penggambaran pada tahun 2018, Mat Kilau akan ditayangkan di seluruh pawagam pada 23 Jun 2022.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *