Thu. Dec 7th, 2023

PETALING JAYA – Pelakon utama Filem Mat Kilau, Dato Adi Putra dalam satu temu bual mendedahkan ada bertemu dengan beberapa waris Mat Kilau.

Beliau ditemui ketika ditanya wartawan ditemubual oleh saluran YouTube hiburan F8Buzz di Tayangan Perdana Filem Mat Kilau di The Starling Mall pada 16 Jun 2022 yang lalu.

Wartawan menyoal Dato Adi Putra mengenai rujukan dan persiapan yang dilakukan untuk menghayati watak sebagai Mat Kilau.

“Sentiasa kita sedekahkan Al-Fatihah kepada Almarhum. Itu sahaja yang boleh saya kongsi,” jawab ringkas Dato Adi Putra.

“Ada jumpa dengan waris?” soal salah seorang wartawan lain.

“Ada juga beberapa. Tetapi alhamdulillah kalau you menonton tadi, kalau ada merasa kehadiran Mat Kilau itu sendiri, insyaAllah adalah dia,” balas Dato Adi Putra.

Walaubagaimanapun, beliau tidak menyatakan secara khusus siapakah waris-waris yang telah ditemui itu.

Dalam Filem Mat Kilau, Dato Adi Putra telah memikul tanggungjawab sebagai Mat Kilau yang disifatkan sebagai tanggungjawab ‘berat’ sehinggakan pernah menolak tawaran tersebut sebanyak dua kali.

Filem Mat Kilau bakal ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia pada tarikh 23 Jun 2022 yang dinanti-nantikan oleh seluruh rakyat Malaysia termasuk peminat-peminat antarabangsa.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *