Sun. Dec 4th, 2022

PUTRAJAYA – Kerajaan Pusat melalui Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Idris Ahmad mengumumkan barisan anggota Jawatankuasa Memperkasakan Mahkamah Syariah bagi tahun 2022-2024.

Antara nama penting yang dilantik adalah Prof Datuk Noor Aziah Mohd Awal yang merupakan mantan Pesuruhjaya SUHAKAM yang baru sahaja tamat tempoh perkhidmatannya.

“Sukacita saya ingin memaklumkan bahawa Kerajaan telah bersetuju untuk mewujudkan semula Jawatankuasa Memperkasakan Mahkamah Syariah (JKMMS) bagi mempertingkat dan memartabatkan sistem perundangan Syariah secara holistik selaras dengan kedudukan Islam dalam Perlembagaan Persekutuan” kata Idris.

Antara lain yang dilantik ialah Peguam Cara Negara, Datuk Ahmad Terrirudin Mohd Salleh, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Datuk Seri Mohd Shafiq Abdullah, Ketua Hakim Syarie JKSM, Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar, Ketua Hakim Syarie Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Perak, Ab Rahman Thobroni Mohd Mansor dan Penyandang Kursi Institusi Raja-Raja Melayu Universiti Teknologi MARA (UiTM), Profesor Datuk Dr Shamrahayu Abdul Aziz.

Selain itu, Profesor Jabatan Syariah dan Undang-Undang Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya, Datuk Dr Ahmad Hidayat Buang, Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM), Musa Awang, peguam, Datuk Sulaiman Abdullah, bekas Hakim Mahkamah Rayuan Syariah, Datuk Seri Dr Md Yusup Che Teh dan Ketua Pendaftar Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM), Nassir Abdul Aziz turut dilantik.

SUHAKAM ditubuhkan Parlimen di bawah Akta Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia 1999 yang diwartakan pada 9 September 1999, manakala mesyuarat pertamanya diadakan pada 24 April 2000.

Sehingga kini, terdapat banyak perkara yang diperjuangkan oleh pesuruhjaya-pesuruhjaya SUHAKAM telah dianggap bercanggah dengan Syarak dan telah mendapat kecaman yang dahsyat oleh masyarakat Muslim di Malaysia.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *