Mon. Jan 30th, 2023

KUALA LUMPUR – Satu petisyen yang mendesak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur bagi menutup Crackhouse Comedy Club secara mutlak telah digerakkan oleh sebuah gabungan NGO Islam, PEMBELA.

Crackhouse Comedy yang terletak di Taman Tun Dr Ismail (TTDI) baru-baru ini tular susulan kes menghina Islam di mana seorang wanita yang menanggalkan pakaian dan tudung setelah mengaku mengafaz Al-Quran di atas pentas persembahan komediri (stand-up comedy).

Penggerak petisyen, Aminuddin Yahaya menjelaskan, tidak lama selepas itu, hasil selidik pelbagai pihak, telah tersebar pula video-video persembahan komediri dan kenyataan-kenyataan media sosial pengasas kelab tersebut, iaitu individu bernama Rizal Van Geyzel yang banyak membuat lawak mengenai Islam, Melayu dan Bumiputera.

“Ini termasuk juga tangkap layar hantaran seorang wanita Muslim bertudung dimalukan ketika disuruh membuka minuman keras oleh seorang ‘performer’ di atas pentas”

“Kita dimaklumkan bahawa DBKL telah mengarahkan penutupan sementara bagi premis ini rentetan kes wanita hina Islam baru-baru ini.

“Namun, kita merasakan penutupan sementara itu adalah tidak setimpal memandangkan pengasas sendiri sudah banyak melampaui batas seolah-olah sebagai sokongan kepada sesiapa sahaja yang ingin berbuat perkara yang sama di atas platformnya itu.

PEMBELA dalam kenyataan tersebut mengajak seluruh rakyat Malaysia agar menyokong dan menyebarkan petisyen ini supaya Kelab Crackhouse Comedy ini ditutup terus dan sebagai iktibar kepada mana-mana premis hiburan sebegini agar menjaga batas-batas yang berteraskan nilai-nilai dalam Perlembagaan Persekutuan di mana Islam, Melayu dan Bumiputera adalah asas penting.

Penganjur berharap agar netizen dapat sebarkan petisyen ini ke seluruh pelusuk bandar, kampung dan ceruk.

Petisyen tersebut boleh diakses di pautan:
https://bit.ly/TutupCrackhouseComedy

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *