Mon. Jan 30th, 2023

KUALA LUMPUR – Kelab Crackhouse Comedy mendapat dokongan dari kerajaan melalui program-program bantuan kerajaan dari 3 kementerian berbeza.

Menurut laman web rasmi kelab tersebut, mereka mendapat bantuan Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) yang merupakan inisiatif di bawah Kementerian Kewangan Malaysia.

Selain itu, laman web kelab tersebut turut menyatakan mereka mendapat bantuan dari Inisiatif Pemulihan Agensi Pembangunan Ekonomi Seni Budaya (CENDANA) yang merupakan inisiatif di bawah Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia.

Bantuan ketiga yang diterima oleh kelab tersebut adalah dari Mycreative yang merupakan sebuah badan yang dimiliki oleh Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia.

Tangkap layar dari laman rasmi Crackhouse Comedy

Sebelum ini, tersebar video-video rakaman dan kenyataan-kenyataan media sosial pengasas Crackhouse Comedy, Rizal Van Geyzel yang didakwa menghina Islam dan Melayu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *