Sun. Dec 4th, 2022

KUALA LUMPUR – Wanita yang menghina Islam di Crackhouse Comedy Club, Siti Nuramira Abdullah hari ini dilihat tersenyum kegirangan ketika berjalan keluar dari Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Hari ini, beliau dilaporkan telah selesai membayar jaminan yang dikumpul melalui Lawyers for Liberty yang didakwa mendapat sokongan antarabangsa.

Nuramira sebelum ini didakwa atas pertuduhan menyebabkan suasana tidak harmoni dalam kalangan umat Islam, akan pula dituduh di Mahkamah Tinggi Syariah di Kuala Lumpur, esok.

Beliau hadir di Kaunter Jaminan Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur pada pukul 10.30 pagi dengan ditemani peguamnya Ramesh Chandran bagi menandatangani Borang Jamin bagi kes yang dihadapinya.

Tidak lama selepas itu, Nuramira dilaporkan ditahan penguat kuasa Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI).

Siti Nuramira, 26, bakal dituduh mengikut Seksyen 7 Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 Bahagian III-Kesalahan Yang Berhubungan Dengan Kesucian Agama Islam Dan Institusinya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *