Sun. Dec 4th, 2022

MELAKA- Pelajar sekolah rendah dilihat membanjiri pawagam di pusat membeli-belah Mahkota Parade, Melaka.

Ada yang bersampin, bertanjak manakala yang perempuan pula berselendang ketika menonton Filem Mat Kilau.

“MasyaAllah, bersemangat adik-adik kita di mmCineplexes di Mahkota Parade, Melaka!,” Menurut sebuah hantaran di laman Facebook rasmi Filem Mat Kilau.

“Terima kasih guru-guru dan ibu bapa dari sekolah-sekolah berikut yang menjadikan filem ini panitia sejarah dan inspirasi untuk anak-anak”

Antara murid sekolah yang membanjiri pawagam bagi menonton filem tersebut ialah SK Tanjung Bidara, SK Kem Gerakkhas, SK Kg Gelam, SK Tangga Batu, SK D Thambi Chik, SK Terendak 2, SK Seri Laksamana dan SMK Hang Kasturi.

Filem Mat Kilau terus mendapat sambutan hangat walaupun hampir sebulan ditayangkan di pawagam dan dijangka bakal memecahkan rekod filem dengan kutipan tertinggi sepanjang zaman di Malaysia.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *