Thu. Dec 7th, 2023

Kuala Lumpur – Akta Anti Lompat Parti yang bakal dibentangkan di parlimen tidak lama lagi didakwa adalah usaha Pakatan Harapan, menurut sebuah hantaran Facebook di laman rasmi Parti Amanah Negara (AMANAH).

“Akhirnya, kerana MOU yang diusahakan oleh Pakatan Harapan, Akta Anti Lompat Parti menjadi realiti,” dalam kenyataan tersebut.

“PH percaya dengan meluluskan Pindaan Perlembagaan dan Akta Anti Lompat Parti, kepercayaan rakyat terhadap proses pilihanraya dan demokrasi berparlimen akan dapat mula dipulihkan”

Sebelum ini, Rang Undang-Undang (RUU) Anti Lompat Parti dijangka dibentang di Parlimen pada sesi sidang Dewan Rakyat sekitar Julai 2022.

Perkara itu dimaklumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam sidang akhbar selepas selesai taklimat khas RUU Perlembagaan (Pindaan) (No 3) 2022, pada 10 April 2022 yang lalu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *