Sun. Dec 4th, 2022

KUALA LUMPUR – Pelakon Filem Mat Kilau menggesa agar orang ramai hadir ke festival Hari Peradaban Bangsa Melayu yang bakal diadakan pada 30 Julai 2022 di Padang Bola Sepak Akademi KLFA, Taman Melati, Kuala Lumpur.

Ali Karimie, yang memegang watak utama Brahim dalam Filem Mat Kilau menegaskan bahawa festival ini adalah untuk meningkatkan jati diri sebagai seorang Melayu.

Beliau menggesa agar rakyat Malaysia membawa rakan-rakan dan keluarga ke festival Hari Peradaban Bangsa Melayu 2022 ini nanti.

https://vt.tiktok.com/ZSRYVxD99/?k=1

Hari Peradaban Bangsa Melayu 2022 merupakan sebuah festival yang julung-julung kalinya diadakan bagi mengangkat kesedaran dan kemegahan orang Melayu terhadap kebudayaan, seni, sejarah dan jati dirinya selain mempromosikan peradaban Melayu kepada masyarakat.

Festival ini bakal mengetengahkan pelbagai program seperti pertunjukan silat, pameran, jualan, permainan tradisional dan banyak lagi.

Penganjur festival ini diketuai oleh Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA) melalui Yayasan Pembela Islam dengan dokongan dari pelbagai pertubuhan silat dan busana Melayu serta NGO-NGO Islam.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *