Tue. May 30th, 2023

KUALA LUMPUR – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jengka, Shahril Azman Ab Halim dibidas oleh pengerusi gabungan NGO Islam PEMBELA, Aminuddin Yahaya setelah dilihat tidak puas hati kerajaan dikritik.

Aminuddin menerangkan, pertubuhan gerakan sivil atau NGO ada fungsinya yang tersendiri dalam pembangunan negara, iaitu sebagai ‘check and balance’.

“Bukannya untuk menjadi ‘macai’ atau ‘alat’ sebagaimana ramai ahli politik fahami,” katanya lagi.

Pengerusi gabungan NGO itu juga mengingatkan ADUN tersebut bahawa beliau bukannya hanya cakap kosong kerana sudah banyak jasa NGO dalam menjadi timbang tara kepada dasar-dasar negara.

“Mungkin beliau tidak ingat, kamilah pertubuhan gerakan sivil yang menggerakkan pelbagai inisiatif yang mempengaruhi dasar-dasar negara seperti TPPA, Statut Rom, ICERD dan banyak lagi”

“Malah, Himpunan 812 Bantah ICERD di Dataran Merdeka dulu pun saya jadi Pengerusi Penganjur dan dalam jawatankuasa itu dianggotai oleh pemimpin-pemimpin tertinggi parti politik”

Aminuddin menzahirkan kekecewaan kepada kerajaan yang terlalu melayan NGO Cina padahal NGO Melayu dan Islam sudah banyak jasanya ketika mereka menjadi pembangkang.

“Jangankan untuk libatkan NGO dalam urus tadbir ataupun penentuan dasar-dasar negara, nak jumpa pun punyalah susah. Ada yang dah macam tak kenal kita dah”

“Padahal, NGO-NGO Cina seperti Hua Zong nak jumpa punyalah senang. Siap diraikan lagi”

Sebelum ini, ADUN Jengka (PAS) memberikan ulasan mengenai kritikan Aminuddin terhadap kerajaan.

“Berada di kuar memberikan pandangan dan kritikan terhadap kerajaan tak sama dengan mereka yang memikul amanah tersebut untuk melaksanakan sesuatu,” kata Shahril Azman.

Beliau juga mencadangkan agar Aminuddin terjun ke bidang politik untuk berjumpa dengan halangan yang sebenar.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *