KUALA LUMPUR – Cadangan agar Gerakan Tanah Air (GTA) yang dianggotai oleh Parti Pejuang Tanah Air (PEJUANG), Parti Bumiputera Perkasa (PUTRA), Parti Barisan Jamaah Islamiah Se-Malaysia (BERJASA) dan Parti Perikatan India Muslim Malaysia (IMAN) itu diutarakan oleh PAS melalui makluman di laman Facebook rasmi Pemuda PAS, hari ini.
“Dan PAS juga telah mengeluarkan kenyataan bahawa PAS tidak akan bersama-sama dengan GTA,” menurut hantaran Facebook rasmi tersebut.
“Bahkan mencadangkan agar GTA supaya bergabung dengan parti yang memberi kepentingan serta membela rakyat untuk kestabilan negara kerana perpecahan tidak akan membawa manfaat kepada rakyat,” tambahnya lagi.
Namun, masih tidak jelas parti gabungan manakah yang “memberi kepentingan serta membela rakyat” yang dimaksudkan itu, sama ada Perikatan Nasional atau PAS itu sendiri.
Menurut hantaran itu juga, mereka menegaskan agar sewajarnya masa ini adalah masa yang paling utama untuk kita kukuhkan perpaduan ummah, bukan menambah retak dalam pembinaan negara.
Terdahulu, pengumuman bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohammed mengenai penubuhan blok politik baharu telah mendapat pelbagai reaksi dari pelbagai pihak.
Namun, secara umumnya, kemunculan gabungan ini dilihat sebagai persaingan yang sihat sebagaimana yang dibenarkan dalam pengamalan sistem di Malaysia.