Tue. May 30th, 2023

PUTRAJAYA – Tan Sri Muyiddin Yassin, Pengerusi Perikatan Nasional yang juga Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) menyatakan, kesediaan untuk mempertimbangkan kerjasama politik dengan pasukan Tun Dr Mahathir pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Pasukan Tun Mahathir, Gerakan Tanah Air (GTA) yang baru-baru ini mengumumkan sudi bekerjasama dengan parti lain untuk bakal berentap dalam PRU15 dalam berdepan UMNO.

Perkara itu boleh dilaksanakan sekiranya mereka serius mengenai hal ini, tegas Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Bagaimanapun, katanya, sehingga kini tiada pihak yang saling berhubung bagi membincangkan lebih lanjut perihal tersebut.

“Kita bersedia mempertimbangkan dan ia perlu dibawa ke majlis tertinggi untuk diputuskan.

“Saya kurang pasti sama ada serius atau tidak cadangan itu lagipun kita sudah berada dalam fasa persiapan,” katanya seperti dipetik Sinar Harian, hari ini.

Mengulas lanjut, Muhyiddin menegaskan, Perikatan Nasional (PN) secara keseluruhannya telah bersiap sedia untuk menghadapi PRU15.

“Kita sudah siap sedia,” katanya.
Semalam, Pengerusi Pejuang, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, pihaknya akan mempertimbangkan untuk menjalinkan kerjasama dengan parti-parti politik ‘sebulu’ dengan parti itu bagi menentang UMNO.

Tegas beliau, langkah berkenaan dibuat untuk menyelamatkan negara daripada pemerintahan UMNO.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *