Wed. Dec 6th, 2023

KUALA LUMPUR – Menteri Pengajian Tinggi, Dato’ Seri Khaled Nordin telah dikecam oleh warga Twitter setelah didapati memetik sebuah akaun Twitter palsu yang juga dipercayai parodi kepada portal media Bernama.

Khaled memetik sebuah hantaran dari akaun @BermanaTV kononnya Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang menyatakan fitnah dan rasuah tidak melanggar peraturan pilihanraya.

“Seperti fitnah, sedekah tidak langgar peraturan pilihan raya – Hadi Awang”, dalam Tweet berkenaan.

Dalam Twit yang dipetik Khaled itu, Khaled menulis “Matlamat MENGHALALKAN Cara, semuanya pass” yang dilihat menyindir Presiden PAS itu.

Namun, kenyataan Hadi yang sebenarnya adalah berbeza dari yang digembar-gemburkan pihak lawannya.

“Ikut undang-undang pilihan raya, calon atau wakil calon tak boleh bagi. Jadi, orang awam nak bagi sedekah terpulang pada dia lah,” kata Hadi.

Hadi mengeluarkan kenyataan itu sebagai respon tindakan Umno Terengganu memfailkan petisyen membantah kemenangan di Parlimen Marang, Kuala Terengganu dan Kemaman kerana didakwa terdapat unsur rasuah.

Kenyataan Khaled melalui Twit beliau itu mendapat kecaman dari warga Twitter yang rata-ratanya kecewa dengan perlakuannya itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *