Kuala Lumpur – Kritikan terhadap perlantikan anak perempuan Nurul Izzah Anwar selaku Penasihat Ekonomi dan Kewangan Perdana Menteri telah menimbulkan pelbagai persoalan khususnya dari netizen.
Namun, persepsi yang paling ketara ialah berkait dengan Menteri Ekonomi, iaitu YB Rafizi Ramli yang dilihat gagal membawa apa-apa solusi mahupun idea baharu yang meyakinkan rakyat.
Lantikan Nurul Izzah sebagai Penasihat Ekonomi Perdana Menteri tatkala Menteri Ekonomi sedang dikecam dari pelbagai sudut kerana kegagalannya telah mewujudkan tanggapan bahawa Rafizi telah benar-benar gagal dalam menerajui portfolionya itu.
Selain itu, rakyat Malaysia rata-ratanya kecewa dengan lantikan Nurul Izzah sebagai Penasihat Ekonomi Perdana Menteri kerana dilihat sebagai suatu tindakan nepotisme yang selama ini ditentang keras oleh bapanya dan Pakatan Harapan.
Rafizi pada sebelum ini popular dengan pelbagai formula yang kononnya mampu menyelesaikan pelbagai permasalahan ekonomi yang akhirnya mengecewakan pelbagai pihak apabila gagal setelah diberikan peluang di tampuk kuasa dan jawatan.
