Fri. Feb 23rd, 2024

Kuala Lumpur – Ketua Pemuda Parti Amanag Negara, Hasbie Muda memberi bayangan bahawa diskaun yang diberikan oleh restoran makanan segera terkemuka Domino’s Pizza mungkin ada kaitan dengan projek Rahmah dan MADANI yang diperkenalkan kerajaan.

“Restoren makanan segera Domino Pizza pun boleh bagi diskaun (masa promosi) sehingga 70 peratus walaupun harga barang mentah dikatakan masih mahal,” katanya dalam sebuah hantaran ringkas di laman Facebooknya.

“Mungkin penangan projek Rahmah dan MADANI?” Katanya lagi.

Hasbie Muda berkongsikan gambar resit yang dipercayai miliknya setelah berbelanja di salah sebuah restoran Domino’s Pizza.

Namun begitu, ramai tidak bersetuju dengan Hasbie kerana Domino’s Pizza sememangnya memang kerap dan sudah lama memberikan diskaun-diskaun yang tinggi melalui baucer-baucer.

Menurut portal The Foodie, pemberian diskaun 74% di Domino’s Pizza telah wujud pada awal Disember 2022 yang lalu, bukan perkara baharu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *