Tue. May 30th, 2023

Raub – Lebih 500 orang pekebun Durian Musang King telah berhimpun di Raub semalam mengenai perkembangan terkini semakan kehakiman berkenaan isu tanah.

Antara yang dilaporkan hadir ke perhimpunan tersebut ialah ahli parlimen Raub, Chow Yu Hui (DAP) dan ADUN Tras, Tengku Zulpuri (DAP).

Pekebun Durian Musang King yang terlibat itu meneruskan tindakan semakan kehakiman atas alasan bahawa syarat-syarat baharu yang ditawarkan oleh Royal Pahang Durian Resources PKPP Sdn Bhd (RPDR-PKPP) masih tidak dapat menjamin kepentingan pekebun-pekebun musang king.

Pekebun durian Musang King yang terlibat meneruskan tindakan semakan kehakiman kerana syarat-syarat baharu yang ditawarkan oleh Royal Pahang Durian Resources PKPP Sdn Bhd (RPDR-PKPP) masih tidak menjamin kepentingan mereka.

Wilson Chang, Pengerusi Save Musang King Alliance (Samka), memberitahu bahawa resolusi itu dicapai melalui perhimpunan pekebun-pekebun tanpa geran itu di Sungai Ruan pada Khamis lalu.

Menurutnya, pekebun-pekebun tanpa geran itu juga sebulat suara menolak kertas terma RPDR-PKPP yang mengandungi syarat yang eksploitatif.

“Walaupun pihak RPDR-PKPP mendakwa bahawa terma-terma tersebut telah diperbaiki tetapi cadangannya masih mengandungi terma-terma yang bersifat berat sebelah seperti menetapkan harga tetap yang jauh murah daripada pasaran.

“Ia juga memaksa pekebun menjual semua durian kepada kilang RPDP-PKPP yang belum dibina,” katanya dalam kenyataan pada Khamis.

“Perhimpunan ini bermakna penting memandangkan bilangan kehadiran yang amat besar, ia jelasnya mampu mewakili pandangan dan pendirian pekebun-pekebun tanpa geran yang terjejas oleh skema RPDR-PKPP,” kata beliau lagi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *