Wed. Dec 6th, 2023


SEREMBAN – Kerajaan Negeri Sembilan bersetuju menukar nama jalan utama di Seremban kepada pengasas DAP iaitu mendiang Dr Chen Man Hin.

Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun, mengumumkan Jalan Temiang ditukar menjadi Jalan Dr Chen Man Hin, pengasas yang kemudian pengerusi dan penasihat seumur hidup DAP ketika hayatnya.

Selain itu, Jalan Sikamat ditukar menjadi Jalan Datuk Sheikh Mohd Murtadza Ahmad, iaitu bekas Mufti Negeri Sembilan.

“Mendiang Dr Chen Man Hin adalah tokoh politik terkenal, manakala Allahyarham Sheikh Mohd Murtadza adalah bekas Mufti Negeri Sembilan. Mesyuarat EXCO bersetuju menukar nama kedua-dua jalan itu kepada nama tokoh berkenaan,” katanya kepada pemberita selepas mesyuarat tersebut.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *