Fri. Feb 23rd, 2024

Kuala Lumpur – Kutipan filem Polis Evo 3 pada hari pertama dilaporkan sebanyak RM3.7 juta mengatasi kutipan filem Anwar: The Untold Story yang dilaporkan sebanyak RM1 juta.

Walaupun filem Anwar: The Untold Story mendapat dokongan padu ahli-ahli dan aktivis-aktivis politik kerajaan, namun gagal menyaingi filem Polis Evo 3.

Sejak hari pertama tayangan, filem biopik yang menceritakan perjalanan politik Perdana Menteri ke-10 itu dikritik hebat apabila tidak menjangkau kualiti dan kepuashatian rata-rata penonton.

Pada awalnya, filem Anwar: The Untold Story ini telah dibanding-bandingkan oleh para penyokong dengan filem Mat Kilau. Mereka menjangka akan mengatasi kutipan filem box office sepanjang zaman di Malaysia itu.

Namun, hakikatnya filem Anwar: The Untold Story gagal menarik minat rakyat Malaysia secara umumnya dan hanya menjadi bahan hiburan para penyokong tegar parti semata-mata.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *