Thu. Dec 7th, 2023

Kuala Lumpur – Pengerusi Perikatan Nasional yang juga merupakan bekas Perdana Menteri ke-8, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini menzahirkan keterbukaannya untuk bekerjasama dengan negarawan, Tun Dr Mahathir demi memperjuangkan nasib orang Melayu dan Islam.

“Saya menyambut baik kenyataan YABhg Tun Dr Mahathir Mohamad yang bersedia bekerjasama dengan saya demi matlamat untuk memperjuangkan nasib orang Melayu dan Islam”

Kata Muhyiddin, beliau sedar perkembangan politik mutakhir ini meletakkan umat Melayu dan Islam di negara ini di suatu persimpangan yang getir.

“Maka sebagai seorang Muslim, saya secara peribadi bersedia untuk bekerjasama dengan semua tokoh Melayu dan Islam termasuk Tun Dr Mahathir demi perjuangan membela agama, bangsa dan negara,” katanya dalam sebuah kenyataan di laman Facebooknya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *