Kuala Lumpur – Kerajaan digesa untuk terus salahkan umat Islam dan orang-orang Melayu dengan naratif palsu dan tohmahan-tohmahan jelek jika tidak sensitif dengan sensitiviti yang melibatkan umat Islam dan orang Melayu khususnya dalam konteks kes Kalimah Allah, dengan nada sindiran tajam.
Sindiran tersebut dizahirkan oleh Aminuddin Yahaya yang berpendapat agar kerajaan perlu meminta maaf kepada para pemegang taruh yang berkait dengan kes Kalimah Allah.
Beliau mengulas titah Yang Dipertuan Agong sempena Hari Ulangtahun Keputeraan baginda bahawa baginda menzahirkan kegusaran dalam Kes Kalimah Allah dan kerajaan perlu menjernihkan semula keadaan.
Menurut Aminuddin, tanpa permohonan maaf, maka sangat sukar untuk memperbetulkan keadaan kerana pemegang-pemegang taruh inilah yang akan terlibat (dalam proses menyelesaikan masalah berkaitan).
“Malah, jika para pemegangtaruh terus rasa dikhianati, maka kerajaan akan terus hilang kepercayaan mereka sekaligus sukar dalam pelbagai hal-hal mengenai polisi dan pelaksanaan agama Islam,” katanya.
“Itu pun jika benar kerajaan pada hari ini benar-benar prihatin mengenai sensitiviti umat Islam”
“Sedarlah betapa bahayanya meremehkan sensitiviti yang begitu penting yang kuat berakar dalam hati-hati setiap Islam”
“Jika tidak, teruskan sahaja asyik menyalahkan umat Islam dan orang Melayu melalui pelbagai naratif palsu dan tohmahan-tomahan jelek”
“Sedarlah bahawa ini adalah antara bukti nyata Islam sedang diancam. Bukalah mata”
