Isu mansuh subjek agama: Selepas ‘dibalun’ teruk, akhirnya Syed Saddiq tampil beri ‘penjelasan’

KUALA LUMPUR – Selepas seorang YouTuber saluran pendidikan terkenal, iaitu Ajar atau nama sebenarnya Haziq Abdurrahim membidas YB Syed Saddiq mengenai isu pemansuhan subjek agama di universiti, akhirnya Syed buka mulut juga. Ahli parlimen Muar itu melalui sebuah hantaran video TikTok menjelaskan apa yang diungkapkan dalam sebuah wawancara yang melibatkan dirinya di Astro Awani baru-baruContinue reading “Isu mansuh subjek agama: Selepas ‘dibalun’ teruk, akhirnya Syed Saddiq tampil beri ‘penjelasan’”

Ahli Parlimen PH pertikai Menteri berbahasa Melayu di konferens antarabangsa

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Sepang, Hanipa Maidin mempertikai tindakan Menteri Alam Sekitar dan Air berucap dalam Bahasa Melayu dalam sebuah konference antarabangsa di Glasgow, Scotland yang tular baru-baru ini dan mendapat pujian ramai. Hanipa mempersoal apakah menteri tersebut berucap dalam Bahasa Melayu kerana tidak mahir berbahasa Inggeris dan mempersoal apakah kerajaan sudah menukar dasarContinue reading “Ahli Parlimen PH pertikai Menteri berbahasa Melayu di konferens antarabangsa”

DAP keluar PH atau Anwar letak jawatan ketua pembangkang?

Setiap kali Anwar Ibrahim gagal dalam sesuatu misi menjadi Perdana Menteri (PM), lancar sahaja lidah DAP membuat kenyataan “DAP Akan Keluar Dari PKR”. Terbaru dengan kekalahan teruk PKR di PRN Melaka, dengan peratusan yang turun jauh lebih rendah dan dengan jumlah yang rendah keluar mengundi, Barisan Nasional (BN) boleh menang besar. 2. Sebelum ini PakatanContinue reading “DAP keluar PH atau Anwar letak jawatan ketua pembangkang?”

Pemimpin DAP syor semua rakyat lahir selepas merdeka dianggap ‘Bumiputera’

KUALA LUMPUR – Timbalan Setiausaha Agung DAP, Nga Kor Ming dilaporkan mengesyorkan kerajaan menggubal dasar perpaduan negara yang baharu. Beliau mencadangkan agar semua rakyat yang lahir selepas awal pagi 31 Ogos 1957 boleh menikmati status Bumiputera, dan kerajaan tidak patut dan tak boleh lagi membezakan rakyat dengan ‘warna kulit’. Kor Ming yang juga bekas TimbalanContinue reading “Pemimpin DAP syor semua rakyat lahir selepas merdeka dianggap ‘Bumiputera’”

Dominic wakili GERAKAN selaku defendan utama pertahan vernakular di mahkamah

KUALA LUMPUR – Presiden Parti Gerakan Rakyat Malaysia (GERAKAN) iaitu Datuk Dominic Lau tersenarai sebagai defendan utama bagi mempertahankan kedudukan sekolah vernakular dalam suatu kes yang sedang dibicara pada hari ini. Selain GERAKAN yang merupakan parti komponen Perikatan Nasional, parti politik lain iaitu dari Barisan Nasional, MIC dan MCA juga menyertai saman ini selaku defendanContinue reading “Dominic wakili GERAKAN selaku defendan utama pertahan vernakular di mahkamah”

MCA menang kawasan Melayu tapi hilang deposit kawasan Cina

MELAKA – Tatkala MCA meraikan kejayaan parti itu memenangi dua kerusi DUN, sebenarnya ianya adalah suatu muhasabah kepada mereka, UMNO dan juga orang Melayu secara keseluruhannya. MCA memenangi dua kerusi DUN, iaitu di Machap Jaya dan Kelebang. Kedua-dua kerusi ini adalah kawasan majoritinya pengundi Melayu. MCA kalah teruk di kesemua kerusi majoriti pengundi Cina, malahContinue reading “MCA menang kawasan Melayu tapi hilang deposit kawasan Cina”

Kes Cabar Kedudukan Sekolah Vernakular: Hujahan plaintif telah dikemuka – Aminuddin

KUALA LUMPUR – Hujahan-hujahan bagi pihak plaintif yang membuktikan bahawa sekolah vernakular adalah bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan Malaysia telah diperdengar di mahkamah, menurut Aminuddin Yahaya yang merupakan salah seorang dari plaintif. “Melalui para peguam, kita telah merumuskan seperti berikut (dengan hujahan-hujahan yang terperinci) dan telahpun dikemukakan di mahkamah pada hari ini “Seksyen 2, 17 danContinue reading “Kes Cabar Kedudukan Sekolah Vernakular: Hujahan plaintif telah dikemuka – Aminuddin”

Ketua Pemuda PAS suruh Asyraf Wajdi buat ‘kerja rumah’ sebelum buat kenyataan

KUALA LUMPUR – Ketua Pemuda PAS, YB Fadhli Shaari membidas Ketua Pemuda UMNO yang dilihat tergopoh-gopoh mengeluarkan kenyataan menyerang PAS berdasarkan sebuah keratan berita yang tidak melaporkan dengan tepat. “Tidak ada pun dalam kenyataan saya yang PAS mahu gugat kubu BN,” kata Fadhli melalui laman Facebook rasminya. “Bacalah betul2 sebelum buat komen tu, anda akanContinue reading “Ketua Pemuda PAS suruh Asyraf Wajdi buat ‘kerja rumah’ sebelum buat kenyataan”

Teks sahih Perlembagaan Bahasa Inggeris, bukan Melayu – ramai tak sedar

KUALA LUMPUR – Hakikat bahawa teks sahih bagi Perlembagaan Persekutuan masih Bahasa Inggeris adalah suatu yang memalukan, menurut Aminuddin Yahaya yang merupakan pengerusi gabungan NGO Islam, PEMBELA. Lebih memalukan, sudah lebih 60 tahun tetapi tiada mana-mana penggubal undang-undang, iaitu ahli parlimen membangkitkan apatahlagi memperjuangkan supaya teks sahih Perlembagaan Persekutuan, iaitu teks utama dirujuk adalah versiContinue reading “Teks sahih Perlembagaan Bahasa Inggeris, bukan Melayu – ramai tak sedar”

Isu mansuh subjek agama di universiti, Syed Saddiq ‘disekolah’ oleh YouTuber

Video sesi temubual Ahli Parlimen Muar, iaitu YB Syed Saddiq di Astro Awani yang tular baru-baru ini mengenai isu subjek agama di universiti mendapat perhatian seorang YouTuber yang juga seorang aktivis pendidikan, iaitu Haziq Rahim yang mengendalikan saluran Ajar. Beliau menjelaskan dan mengulas kenyataan Syed Saddiq itu.