Kutipan Zakat meningkat, sedia skim pendidikan dan pelbagai lagi

KUALA LUMPUR, 17 Feb  — Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) menunjukkan prestasi yang memberangsangkan pada tahun lepas apabila kutipan zakat meningkat sebanyak 11 peratus iaitu RM768 juta berbanding RM537 juta pada 2019. Ketua Pengawai Eksekutifnya Ahmad Shukri Yusoff berkata zakat yang diterima oleh PPZ-MAIWP itu telah diagihkan kepada golongan memerlukan dengan jumlah agihan sebanyak RM707,968,418Continue reading “Kutipan Zakat meningkat, sedia skim pendidikan dan pelbagai lagi”

Premis jual produk kambing perap guna logo halal tanpa kelulusan diserbu

TANAH MERAH, 16 Feb — Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) menyerbu sebuah premis menjual produk kambing perap di Kampung Kelewek, di sini, hari ini, kerana menggunakan logo halal tanpa kelulusan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Ketua Pegawai Penguat Kuasa KPDNHEP Cawangan Tanah Merah,  Ahmad Azizi Abdul Kadir berkata serbuan pada jam 11 pagi itu  itu dilakukan bersama Jabatan Hal Ehwal Agama Islam NegeriContinue reading “Premis jual produk kambing perap guna logo halal tanpa kelulusan diserbu”

Menteri Kewangan saran rakyat manfaat dana kerajaan pasar produk secara online

JEMPOL, 14 Feb — Peniaga disaran memanfaatkan sepenuhnya dana yang disediakan kerajaan untuk memasarkan produk mereka secara dalam talian, kata Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz. Beliau berkata ketika negara berada dalam fasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dikuatkuasakan bagi membendung penularan COVID-19, kesempatan itu seharusnya dimanfaatkan peniaga bagi menjana pendapatan. “Hari ini saya melawat usahawan di bawah Pihak Berkuasa KemajuanContinue reading “Menteri Kewangan saran rakyat manfaat dana kerajaan pasar produk secara online”

ISMA tegur ahli politik Muslim supaya istiqamah BMF

BANGI, 21 Syaaban 1441H, Rabu – Pemimpin politik terutamanya yang sudah mendapat kuasa dinasihatkan supaya istiqamah menyokong Kempen Beli Produk Muslim atau Buy Muslim First (BMF), kata Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Haji Aminuddin Yahaya. Beliau berkata, ahli-ahli politik ini sepatutnya menunjukkan contoh yang baik kepada rakyat dengan turut mengamalkan kempen BMF ini secara bersungguh-sungguh. Katanya,Continue reading “ISMA tegur ahli politik Muslim supaya istiqamah BMF”