Kerajaan tubuh pasukan khas urus Program Imunisasi COVID-19

PUTRAJAYA, 17 Feb — Kerajaan hari ini mengumumkan penubuhan pasukan petugas khas dikenali sebagai Badan Bertindak Imunisasi COVID-19 (CITF) untuk menguruskan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK). Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Khairy Jamaluddin berkata CITF akan diketuai oleh beliau sendiri selaku Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan yang akan membuat laporan kepada Jemaah Menteri. Beliau berkataContinue reading “Kerajaan tubuh pasukan khas urus Program Imunisasi COVID-19”

Muhyiddin orang pertama suntik, jaminan kepada rakyat terhadap keselamatan vaksin

KUALA LUMPUR,  16 Feb — Malaysia bersedia untuk memulakan program vaksinasi terbesar yang pernah dilaksanakannya pada 26 Feb, dalam usaha melindungi penduduk daripada jangkitan COVID-19. Penghantaran pertama vaksin dijadualkan tiba pada 21 Feb. Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin akan menjadi orang pertama menerima suntikan vaksin itu pada 26 Feb, bersama-sama petugas barisan hadapan, di bawah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan yang dijadualkan berlangsungContinue reading “Muhyiddin orang pertama suntik, jaminan kepada rakyat terhadap keselamatan vaksin”

Sugarbook: Antara dilema politikus, masyarakat dan pertimbangan nilai moral

Selepas tersiar pendedahan statistik pelanggan Sugarbook, platform temu janji “sugar daddy-sugar baby” terbesar di Asia yang melaporkan peningkatan 40 peratus pelajar mendaftar untuk menjadi ‘sugar baby‘ sejak Januari lalu. Bertubi-tubi komen kebimbangan dan kemarahan daripada netizen, beberapa pemimpin parti politik dan yang paling terkehadapan sebilangan besar Pertubuhan Islam Bukan Kerajaan (PIBK). 2. Difahamkan kes Covid-19Continue reading “Sugarbook: Antara dilema politikus, masyarakat dan pertimbangan nilai moral”

Isu Sugarbook: Kelab Mahasiswa BERJASA lapor polis

KAJANG, 15 FEBRUARI 2021 – Kelab Mahasiswa BERJASA yang merupakan sayap mahasiswa bagi parti BERJASA hari ini turun membuat laporan polis terhadap platform ‘pelacuran’ anak muda atas talian ‘Sugarbook’. Aktivis Kelab Mahasiswa BERJASA, Ahmad Muntasir Aznan telah membuat laporan polis itu di Ibupejabat Polis Daerah (IPD) Kajang, Selangor dengan harapan pihak berkuasa khususnya kerajaan untukContinue reading “Isu Sugarbook: Kelab Mahasiswa BERJASA lapor polis”

Majlis Pekerjaan Nasional komited bantu rakyat tingkatkan pendapatan – Pakar

KUALA LUMPUR, 14 Feb — Penyertaan sektor swasta dan awam dalam Majlis Pekerjaan Nasional (NEC) adalah bukti kukuh komitmen kolaborasi Malaysia untuk meningkatkan kehidupan rakyat dengan menangani cabaran pengangguran dan memfokuskan pada peningkatan kemahiran serta digitalisasi. Ia adalah pendapat diluahkan Pengarah Urusan Microsoft Malaysia, K. Raman dan Pengarah Urusan Infineon Technologies (M) Sdn Bhd, Chee Hong Lee serta pemimpin industri dan korporat lain sertaContinue reading “Majlis Pekerjaan Nasional komited bantu rakyat tingkatkan pendapatan – Pakar”

Dakwaan gangguan seksual di sekatan jalan raya, anggota trafik KL disiasat

KUALA LUMPUR, 13 Feb  — Siasatan ke atas dakwaan gangguan seksual terhadap seorang wanita semasa sekatan jalan raya di Jalan Duta, di sini, melibatkan anggota Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur sedang dijalankan. Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Saiful Azly Kamaruddin berkata pihaknya telah membuka kertas siasatan berhubung dakwaan seorang wanita mengenai perkara itu yang tular di media sosial hariContinue reading “Dakwaan gangguan seksual di sekatan jalan raya, anggota trafik KL disiasat”

126,000 orang dijangka mampu disuntik vaksin sehari mulai akhir Februari

KULAI, 13 Feb — Sebanyak 126,000 orang dijangka mampu diberikan suntikan vaksin COVID-19 dalam sehari di lokasi vaksinasi di seluruh negara bermula akhir bulan ini, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba. Katanya, tujuh vaksinator akan disediakan di setiap 600 lokasi vaksinasi di sekitar komuniti merangkumi klinik kesihatan, hospital awam dan swasta. “Kita telah dimaklumkan bahawa Pelan ImunisasiContinue reading “126,000 orang dijangka mampu disuntik vaksin sehari mulai akhir Februari”

Tun M dinasihatkan salahkan diri sendiri, bukan Pendidikan Islam di sekolah

Tun Mahathir sepatutnya berasa malu terhadap kenyataannya yang menyalahkan peruntukan masa pembelajaran subjek agama Islam yang kononnya menjadi punca kepada orang bukan Islam tidak mahu ke sekolah kebangsaan. Tuduhan ini juga seperti mahu menunjukkan seolah-olah polisi sekolah hari ini masih lagi tidak berorientasi bagi mempersiapkan anak-anak mendepani masa hadapan mereka, khususnya dalam bidang teknologi sehinggaContinue reading “Tun M dinasihatkan salahkan diri sendiri, bukan Pendidikan Islam di sekolah”

18 individu ditahan leka main judi di Bukit Mertajam, Pulau Pinang

BUKIT MERTAJAM, 13 Feb  — Polis menahan 18 individu termasuk enam warga emas yang sedang leka bermain judi di sebuah kilang barangan lusuh dan merampas wang tunai sebanyak RM184,700 dalam serbuan di Jalan Pengkalan Bukit Tengah, di sini hari ini. Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) ACP Shafee Abd Samad berkata dalam serbuan pada 4.45Continue reading “18 individu ditahan leka main judi di Bukit Mertajam, Pulau Pinang”

Perintah berkurung di perairan ESSZone dilanjutkan

KOTA KINABALU, 13 Feb — Perintah Berkurung di kawasan perairan tujuh daerah dalam Zon Selamat Timur Sabah (ESSZone) yang berakhir hari ini, dilanjutkan hingga 1 Mac depan. Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hazani Ghazali berkata perintah itu meliputi perairan Tawau, Semporna, Kunak, Lahad Datu, Kinabatangan, Sandakan serta Beluran. “Orang ramai yang tinggal di kawasan berkenaan dilarang menghampiriContinue reading “Perintah berkurung di perairan ESSZone dilanjutkan”