Lebih 700,000 rakyat Malaysia menganggur setakat Disember 2020

PUTRAJAYA, 9 FEBRUARI 2021 – Kadar pengangguran Malaysia meningkat kepada 4.5 peratus pada 2020, kadar tertinggi sejak 1993 yang merekodkan 4.1 peratus, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM). Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin berkata, pengangguran meningkat kepada 772,900 orang dengan kadar 4.8 peratus pada Disember 2020. Manakala bilangan penduduk bekerja meningkat 0.1 peratusContinue reading “Lebih 700,000 rakyat Malaysia menganggur setakat Disember 2020”

Jangan jadikan Dewan Negara ‘sarang politikus’ kemaruk jawatan, perlu perubahan

Pada asasnya Ahli Dewan Negara (bergelar “YB Senator”) adalah badan pemutus kepada peruntukan undang-undang baru yang dipersetujui Ahli Dewan Rakyat, bukannya “tukang angguk” apatah lagi jadi macai kepada Members of Parliament (MPs).Oleh itu, ia sepatutnya berperanan sebagai pengimbang kuasa (balance of power) antara keperluan kerajaan (Government of the Day) dengan keperluan sebenar rakyat dan kepentinganContinue reading “Jangan jadikan Dewan Negara ‘sarang politikus’ kemaruk jawatan, perlu perubahan”

Kerajaan digesa buat ordinan semasa darurat, peluang buat perubahan

DAHULU, ramai yang berfikiran apabila proklamasi darurat diisytiharkan, negara akan dikuasai tentera, rakyat hanya duduk di dalam rumah kerana perintah berkurung dilaksanakan dan semua kegiatan ekonomi, sosial serta perundangan disekat. Namun, setelah beberapa minggu darurat diisytiharkan, hal sedemikian tidak terjadi di Malaysia. Darurat bukanlah pemerintahan kuku besi atau penghujung kehidupan yang bebas. Darurat bukanlah pemerintahanContinue reading “Kerajaan digesa buat ordinan semasa darurat, peluang buat perubahan”

Buku Tommy Thomas penuh naratif hina, perlekeh Melayu

”Setiap kali orang Melayu dihina pasti akan muncul sama sekumpulan kecil mempertahakannya, tetapi mempertahankan golongan yang menghina bangsa Melayu, mereka ini digelar Melayu barua.” Teguran bersahaja dari seorang Melayu membuatkan saya terpanggil untuk turut membuat ulasan mengenai buku memoir karangan bekas Peguam Negara, Tommy Thomas bertajuk My Story: Justice in the Wilderness. Pada mulanya, sayaContinue reading “Buku Tommy Thomas penuh naratif hina, perlekeh Melayu”

Isu Jawi: Dong Zong kembali bising, tapi kenapa di akhbar Cina sahaja?

KUALA LUMPUR, 3 FEBRUARI 2021 – Sejak bilakah dasar-dasar di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) milik kerajaan perlu mendapat persetujuan Dong Zong? Demikian persoalan yang ditimbulkan Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Haji Aminuddin Yahaya sebagai menempelak tindakan Dong Zong menggesa Kementerian Pendidikan (KPM) membatalkan kajian soal selidik berkaitan pembelajaran Jawi dalam buku teks di SJKC. Terdahulu,Continue reading “Isu Jawi: Dong Zong kembali bising, tapi kenapa di akhbar Cina sahaja?”

Sifat tamak, mahu cepat kaya punca penyelewengan Tanah Rizab Melayu

BANGI, 20 Jamadilakhir 1442H, Selasa – Sikap tamak dan mahu cepat kaya melalui jalan mudah dipercayai punca berlakunya penyelewengan Tanah Rizab Melayu di Sitiawan, Perak, yang kini didakwa sudah berpindah milik kepada bukan Melayu. Walhal, umum mengetahui mempertahankan tanah air terutamanya Tanah Rizab Melayu membawa maksud; mempertahankannya, memeliharanya, menjaganya supaya kekal tidak berubah dari sebarangan ancaman,Continue reading “Sifat tamak, mahu cepat kaya punca penyelewengan Tanah Rizab Melayu”

Lucut kewarganegaraan penggadai Tanah Rizab Melayu

BANGI, 18 Jamadilakhir 1442H, Ahad – Kerajaan Persekutuan didesak untuk campur tangan dalam isu penyelewengan Tanah Rizab Melayu berkeluasan 641.6 hektar di Sitiawan, Perak yang didakwa sudah berpindah milik kepada bukan Melayu, akibat penyelewengan sindiket didakwa didalangi pegawai kerajaan.  Naib Pengerusi Pertubuhan Pembela-Pembela Islam (PEMBELA), Mohd Nor Izzat Johari berkata, kerajaan perlu memaklumkan kepada Yang di-PertuanContinue reading “Lucut kewarganegaraan penggadai Tanah Rizab Melayu”

Hutan Simpan di Lipis, Pahang diceroboh kali ke-6 oleh pelombong emas haram

LIPIS, 1 Februari 2021 – Pejabat Hutan Daerah (PHD) Lipis mengesan sebuah kawasan cari gali emas haram di Kompartmen 86, Hutan Simpan Ulu Jelai, Mukim Batu Yon, di sini kelmarin. Penemuan itu hasil siasatan dan serbuan dilakukan, namun tiada tangkapan dibuat kerana pelombong haram dipercayai sudah meninggalkan tempat berkenaan. Pegawai PHD Lipis, Nor Shahrini Nordin AhmadContinue reading “Hutan Simpan di Lipis, Pahang diceroboh kali ke-6 oleh pelombong emas haram”

Kerajaan bantu tingkat taraf hidup gelandangan melalui inisiatif ‘urban farming’

PETALING JAYA, 1 Feb  — Kementerian Wilayah Persekutuan dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan membangunkan ladang berkonsepkan urban farming (pertanian bandar) bagi meningkatkan taraf hidup gelandangan di bandar. Menteri Wilayah Persekutuan Tan Sri Annuar Musa berkata pendekatan itu diambil bagi menawarkan pekerjaan kepada golongan gelandangan di ibu kota dalam menjana pendapatan sendiri. Projek itu akan dijalankan berdekatan denganContinue reading “Kerajaan bantu tingkat taraf hidup gelandangan melalui inisiatif ‘urban farming’”

‘Majoriti rakyat setuju sistem pendidikan 1 aliran’ – kajian pakar

KUALA LUMPUR, 1 FEBRUARI 2021 – Majoriti rakyat negara ini khususnya orang Melayu dan Bumiputera – bersetuju supaya sistem pendidikan kebangsaan satu aliran dilaksanakan. Menerusi tinjauan pendapat yang dilakukan EMIR Research pada Disember 2020, sejumlah 54 peratus responden bersetuju dengan cadangan berkenaan. Kajian yang melibatkan hampir 2,000 responden itu turut mendapati 31 peratus lagi mengakuiContinue reading “‘Majoriti rakyat setuju sistem pendidikan 1 aliran’ – kajian pakar”