Wanita ini ‘diserang’ kerana tak sokong negara China ceroboh perairan Malaysia

KUALA LUMPUR – Seorang wanita warganegara Malaysia berbangsa Cina, Ng Sing Phing mendedahkan beliau diserang oleh cybertrooper yang didakwa dari parti politik tertentu setelah dirinya memuatnaik hantaran Facebook mengecam tindakan negara China yang menceroboh perairan Malaysia. “Barulah saya sedar bahawa betapa dahsyatnya serangan alam maya terhadap seseorang kaum Cina yang menunjukkan sifat ke-Malaysia-an. Saya membuatContinue reading “Wanita ini ‘diserang’ kerana tak sokong negara China ceroboh perairan Malaysia”

‘SUHAKAM bawah Menteri Undang-Undang, mohon bertindak’ – Aminuddin Yahaya

BANGI – Menteri Undang-Undang dirayu bertindak ke atas Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM) yang didapati sudah menyeleweng daripada tujuan asal penubuhannya. Pengerusi Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA), Haji Aminuddin Yahaya berkata, sekurang-kurangnya rombakan semula keanggotaan Pesuruhjaya di SUHAKAM perlu dilakukan segera. Beliau menegaskan, masih terdapat ramai pakar-pakar berkelayakan dan mempunyai pemikiran waras boleh mengganggotai jawatan di suruhanjayaContinue reading “‘SUHAKAM bawah Menteri Undang-Undang, mohon bertindak’ – Aminuddin Yahaya”

Peruntukan kerajaan kepada SUHAKAM lebih RM41 juta, sejak 2015

KUALA LUMPUR – Pendedahan tentang peruntukan kerajaan kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM) dibuat oleh seorang pendakwah terkenal, Firdaus Wong melalui laman Facebooknya, bahawa SUHAKAM telah menerima peruntukan sebanyak RM 41,645,928.82 dari tahun 2015 sehingga 2019 menurut laporan tahunan yang diterbitkan oleh badan tersebut. Beliau mempersoal tentang wang rakyat yang diberikan kepada SUHAKAM itu susulanContinue reading “Peruntukan kerajaan kepada SUHAKAM lebih RM41 juta, sejak 2015”

Pelajar Orang Asli Pahang cemerlang SPM, peroleh 9A

KUALA LUMPUR – Seramai dua pelajar Orang Asli dari Pahang memperoleh keputusan 9A bagi Sijil Pendidikan Malaysia (SPM) baru-baru ini. Dua pelajar cemerlang itu adalah Rozainizam Azizian dari Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Muadzam Shah dan Juniza Ellyana dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Rompin. Timbalan Menteri Luar Bandar, Abdul Rahman berkata, keputusan yang dicatatkan ituContinue reading “Pelajar Orang Asli Pahang cemerlang SPM, peroleh 9A”

PEMBELA lancar tabung kos ikat jamin rider Food Panda, pertahan Kalimah Allah

BANGI  – Sekretariat Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA) menggerakkan tabung kilat secara atas talian, bagi mengumpul sumbangan membantu ikat jamin lima penghantar makanan yang ditahan kerana mempertahankan kalimah Allah. Pengerusi PEMBELA, Haji Aminuddin Yahaya berkata, pihaknya menyasarkan kutipan sehingga RM20,000 bagi membantu ikat jamin lima individu berkenaan dengan kos RM3,000 hingga RM4,000 seorang. Beliau berkata, wakilContinue reading “PEMBELA lancar tabung kos ikat jamin rider Food Panda, pertahan Kalimah Allah”

‘Industri dosa juga wajar dilindungi’ – Pankaj Kumar

KUALA LUMPUR – Kerajaan diminta mencari jalan terbaik untuk memastikan industri melibatkan alkohol, rokok dan perjudian juga tidak terjejas teruk akibat pandemik Covid-19. Ini kerana industri berkenaan juga merupakan antara penyumbang penting kepada ekonomi Malaysia, katapenganalisis ekonomi dan kewangan, Pankaj Kumar. Menurutnya, walaupun pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PK) diperlukan bagi mengehadkan pergerakan orang ramai danContinue reading “‘Industri dosa juga wajar dilindungi’ – Pankaj Kumar”

Khalid Samad anjur peraduan cipta lagu ‘Batal Darurat’, jadi bahan lawak netizen

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Shah Alam dari Parti Amanah Negara (AMANAH), Khalid Samad mengumumkan penganjuran peraduan cipta lagu sempena kempen Tamat Darurat yang didakwa digerakkan oleh Pakatan Harapan. Pemenang tempat pertama yang ditawarkan oleh pihak penganjur bagi peraduan ini agak lumayan, iaitu sebanyak RM3,000 yang dijangka mungkin akan menarik minat segelintir pihak. Walaubagaimanapun, peraduanContinue reading “Khalid Samad anjur peraduan cipta lagu ‘Batal Darurat’, jadi bahan lawak netizen”

Dr Amalina ‘koyak’ dikecam, isu bodoh-bodoh Prof Muhaya

KUALA LUMPUR – Pelatih Pakar Bedah, Dr. Nur Amalina Che Bakri dikecam netizen susulan kenyataannya yang membidas video dimuat naik Pakar Motivasi, Datuk Prof. Dr. Muhaya Mohamad semalam. Nur Amalina melalui Twitternya berkata, dia seolah-olah dijadikan ‘punching bag’ susulan kenyataan itu walaupun ramai lagi netizen yang menyatakan pendapat sama berkenaan video dimuat naik Muhaya. “KenyataanContinue reading “Dr Amalina ‘koyak’ dikecam, isu bodoh-bodoh Prof Muhaya”

Pejuang seks songsang makin melampau menghina agama!

Saban tahun kumpulan dilaknati Allah SWT ini akan mengadakan perarakan yang dinamakan sebagai Perarakan Kebanggaan atau Pride Parade yang biasa diadakan sekitar bulan Jun dan pada sesetengah negara perarakan ini merupakan acara tahunan dalam kalendar negara tersebut, seperti di Brazil, ada Sao Paulo Gay Pride Parade. Tahun 2017 mencatat rekod kehadiran seramai 5 juta golonganContinue reading “Pejuang seks songsang makin melampau menghina agama!”

Isu penganjuran konsert: Berharap agar solat Jumaat dapat 50 orang

Solat Jumaat disyariatkan apabila turunnya firman Allah dalam Surah al-Jumu’ah ayat 9 iaitu: “Wahai orang-orang yang beriman! Apabila diserukan azan untuk mengerjakan solat pada hari Juma’at, maka segeralah kamu pergi (ke masjid) untuk mengingati Allah (dengan mengerjakan sembahyang Jumaat) dan tinggalkanlah berjual-beli (pada saat itu), yang demikian adalah lebih baik bagi kamu, jika kamu mengetahuiContinue reading “Isu penganjuran konsert: Berharap agar solat Jumaat dapat 50 orang”