LGBT dan kedudukannya di Malaysia

Walaupun tidak menggunakan nama LGBT secara spesifik, gerakan menyokong agenda LGBT ini telah lama bermula dengan sejarah yang cukup panjang dan perkembangan dari masa ke semasa. Sekitar abad ke 18 dan abad ke 19 di Eropah, hubungan homoseksual adalah dianggap sebagai satu kesalahan jenayah yang serius dan dianggap sebagai perbuatan yang tidak bermoral di sisiContinue reading “LGBT dan kedudukannya di Malaysia”

Perundangan Islam fokus mendidik, bukan hukuman mana lagi berat

Keputusan Mahkamah Persekutuan memang telah dijangka kerana Malaysia mempunyai dua sistem perundangan iaitu Mahkamah Syariah dan Mahkamah Sivil. Keunikan ini hanya ada pada negara kita sahaja, tidak seperti negara lain yang kebanyakannya hanya mempunyai satu sahaja jenis mahkamah iaitu Mahkamah Sivil.Dan jabatan yang terlibat dengan isu ialah JAIS yang juga mempunyai hak untuk membuat pendakwaanContinue reading “Perundangan Islam fokus mendidik, bukan hukuman mana lagi berat”

‘Ujian Implikasi’

Kaedah Penentuan Bidangkuasa Mahkamah Syariah Disarankan Oleh Pakar Jurisprudens Watan Isu pembatalan Seksyen 28, Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Selangor) 1995 menjadi hangat kerana pelbagai pendapat disuarakan oleh pengamal undang-undang. Perkara pokok yang dibahaskan ialah penentuan perkara yang terjumlah dalam bidangkuasa Mahkamah Syariah. Untuk menganalisis bagaimana kaedah penentuan boleh dibuat maka, pandangan pakar jurisprudens watan, DatukContinue reading “‘Ujian Implikasi’”

Kesan & akibat: Seks luar tabii masih lagi kesalahan jenayah sivil

Dalam sesebuah negara demokrasi moden, harus ada padanya tiga elemen Eksekutif, Legislatif dan Judisiari yang diwujudkan dengan maksud untuk mengawal kuasa agar negara dapat diurustadbir dengan baik, tersusun dan adil ke arah mencapai matlamat negara aman damai dan rakyat mengecapi keharmonian serta negara selamat daripada sebarang ancaman dalam dan luar negara.Sistem perundangan diwujudkan bertujuan untukContinue reading “Kesan & akibat: Seks luar tabii masih lagi kesalahan jenayah sivil”

Isu mahkamah syariah: Persoalan kepada Menteri Agama

Saya merujuk kepada kenyataan YB Menteri di JPM (Hal Ehwal Agama) pada Memo Kenyataan Media Siri 9/2021 bertajuk “Jawatankuasa Teknikal Undang-Undang Syarak dan Sivil JAKIM Sedia Bersidang Untuk Penambahbaikan Undang-Undang Kesalahan Jenayah Syariah” khususnya pada perenggan 4, 5 dan 6.Kita semua sedia maklum bahawa keputusan Mahkamah Persekutuan baru-baru ini telah menimbulkan perbincangan ilmiah di kalanganContinue reading “Isu mahkamah syariah: Persoalan kepada Menteri Agama”

‘Kebebasan apa yang Malaysiakini dan penyokongnya perjuangkan?’ – Tun Hamid

PADA 19 Februari 2021, Mahkamah Persekutuan dengan majoriti 6:1 mendapati Mkinidotcom Malaysia Berhad (Malaysiakini) bersalah kerana menghina mahkamah (contempt of court) dan menjatuhkan hukuman denda sebanyak RM500,000. Dalam masa lebih kurang lima jam selepas tabung membantu Malaysiakini dilancarkan, sumbangan penyokong-penyokongnya, yang didahului DAP dan Ahli-Ahli Parlimen DAP melebihi jumlah itu. Penghakiman itu telah menarik perhatianContinue reading “‘Kebebasan apa yang Malaysiakini dan penyokongnya perjuangkan?’ – Tun Hamid”

Kes luar tabii: Keputusan mahkamah buka ruang cabar jenayah Syariah

BANGI– Keputusan Mahkamah Persekutuan hari ini membuka ruang untuk mana-mana pihak mencabar peruntukan jenayah Syariah yang lain di masa akan datang. Kebimbangan itu disuarakan Presiden Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia (PPMM), Datuk Zainul Rijal Abu Bakar susulan Mahkamah Persekutuan memutuskan badan perundangan negeri Selangor tidak mempunyai kuasa untuk meluluskan undang-undang Syariah yang menjadikan seks luar tabiiContinue reading “Kes luar tabii: Keputusan mahkamah buka ruang cabar jenayah Syariah”

Kenyataan Istana Negara jelaskan parlimen tidak digantung – Pakar

Kenyataan Istana Negara pada 24 Feb 2021 mengandungi perkenan Yang di-Pertuan Agong untuk memanggil sidang Parlimen jika keadaan mengizinkan dan dinasihati oleh PM, menjelaskan hasrat sebenar proklamasi darurat ialah untuk menangani penularan wabak Covid-19. Dalam Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) 2021 yang diwartakan pada 14 Januari 2021, tiada peruntukan yang menggantung Parlimen atau tegahan mengadakan pilihanraya.Continue reading “Kenyataan Istana Negara jelaskan parlimen tidak digantung – Pakar”

Mahkamah Syariah Selangor sudah tidak lagi boleh dakwa ‘Seks Luar Tabii’

PUTRAJAYA – Mahkamah Persekutuan memutuskan bahawa badan perundangan negeri Selangor tidak mempunyai kuasa untuk meluluskan undang-undang syariah yang menjadikan seks luar tabii satu kesalahan. Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat yang mempengerusikan panel sembilan hakim berkata, kuasa utama untuk meluluskan undang-undang jenayah terletak pada Parlimen. Beliau berkata, Seksyen 28 Enakmen Jenayah Syariah (Selangor)Continue reading “Mahkamah Syariah Selangor sudah tidak lagi boleh dakwa ‘Seks Luar Tabii’”

Cabar keperlembagaan undang-undang syariah: Mahkamah Persekutuan putuskan Khamis ini

PUTRAJAYA, 22 Feb — Mahkamah Persekutuan akan menyampaikan penghakimannya dalam usul seorang lelaki berumur 35 tahun mencabar keperlembagaan peruntukan undang-undang Syariah Selangor yang mendakwanya atas tuduhan cuba melakukan seks luar tabii, pada hari Khamis ini. Peguam A. Surendra Ananth dalam pesanan yang dihantar menerusi aplikasi whatsapp kepada media berkata keputusan panel sembilan hakim itu akan disampaikanContinue reading “Cabar keperlembagaan undang-undang syariah: Mahkamah Persekutuan putuskan Khamis ini”