Mahkamah Syariah Selangor sudah tidak lagi boleh dakwa ‘Seks Luar Tabii’

PUTRAJAYA – Mahkamah Persekutuan memutuskan bahawa badan perundangan negeri Selangor tidak mempunyai kuasa untuk meluluskan undang-undang syariah yang menjadikan seks luar tabii satu kesalahan. Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat yang mempengerusikan panel sembilan hakim berkata, kuasa utama untuk meluluskan undang-undang jenayah terletak pada Parlimen. Beliau berkata, Seksyen 28 Enakmen Jenayah Syariah (Selangor)Continue reading “Mahkamah Syariah Selangor sudah tidak lagi boleh dakwa ‘Seks Luar Tabii’”

Cabar keperlembagaan undang-undang syariah: Mahkamah Persekutuan putuskan Khamis ini

PUTRAJAYA, 22 Feb — Mahkamah Persekutuan akan menyampaikan penghakimannya dalam usul seorang lelaki berumur 35 tahun mencabar keperlembagaan peruntukan undang-undang Syariah Selangor yang mendakwanya atas tuduhan cuba melakukan seks luar tabii, pada hari Khamis ini. Peguam A. Surendra Ananth dalam pesanan yang dihantar menerusi aplikasi whatsapp kepada media berkata keputusan panel sembilan hakim itu akan disampaikanContinue reading “Cabar keperlembagaan undang-undang syariah: Mahkamah Persekutuan putuskan Khamis ini”

Mahkamah benar permohonan Hindraf cabar keputusan RoS batal pendaftaran

KUALA LUMPUR, 22 Feb — Mahkamah Tinggi di sini hari ini membenarkan Barisan Bertindak Hak Asasi Hindu (Hindraf) untuk meneruskan tindakan undang-undang terhadap Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) yang membatalkan pendaftaran kumpulan itu. Hindraf yang diwakili peguam Annou Xavier ketika dihubungi berkata Hakim Datuk Mariana Yahya membenarkan permohonan anak guamnya untuk kebenaran semakan kehakiman selepas mendengar hujahan daripada kedua-dua pihak melalui prosiding dalam talian. “Mahkamah menetapkan 8 MacContinue reading “Mahkamah benar permohonan Hindraf cabar keputusan RoS batal pendaftaran”

Mahkamah Syariah wujud lebih awal berbanding Mahkamah Kehakiman Persekutuan – Pakar Perundangan

Walaupun Perkara 4(1) Perlembagaan Persekutuan menetapkan Perlembagaan Persekutuan sebagai Undang-Undang tertinggi negara, ada beberapa kedudukan undang-undang yang tidak boleh diabaikan, iaitu; Perlembagaan Persekutuan 1957 adalah persetujuan Raja-Raja Negeri Melayu dengan British yang mewakili Negeri Selat seperti termaktub dalam Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu bertarikh 5 Ogos 1957; Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957 diabsahkan atas kuasa KedaulatanContinue reading “Mahkamah Syariah wujud lebih awal berbanding Mahkamah Kehakiman Persekutuan – Pakar Perundangan”